Let’s be the Biggest Loser!!-Phase One
June 26, 2009 — rizlavenderAssalamualaikummm
Tuan2 n pompuan..seperti yg di promise kan..miss rogue skali lagi muncul dlm episode kali ini yer…ENJOY!!
Okay okay…. Kali ni aku dengan segala hormat nya dijemput oleh cik host ni utk menulis… aku pon di kala tade mende nak wat ni leh la wat mende tak berfaedah sgt ni…
Kali ni aku akan menulis tentang tips2 menurunkan berat badan. Tengok pada tajuk tu aku yakin ramai wanita; laki pon mungkin ada, akan berpusu2 (eh?) mengklik link tajuk ni sbb almaklum la…zaman ni kan zaman American Next Top mOdel.. kurus smp nmpk tulang2 ni kan cam trend org zmn skang.. tapi jika itulah hasrat, impian, niat, nawaitu etc. anda untuk membaca tulisanku ini…nyahko darisini!!!!!!!!!

This type of thin? I think this is FUGLY!!
AKu ni pantang tol la ngan org yang sedia kurus tapi dok bising gemok…dok diet tak mau2.. “ eiii gemok laaa!!” “eiii peha besar la!” “er takpela…I diet..” ayat2 camni klu si tuan nye body yang ckp tu stok2 badan cam Enot ke (ampun eh Enot, cth je..), Afdlin Shauki ke, Sean Kingston, Queen Tipah Tertipu ke.. logic a gak.. ni badan mcm papan… berat 55kg pon tak sampai.. kecoh jek!! Klu dorg yg sekeping ni dok ngata2 dorg tu gemok, org gemok nak panggil diri dorg tu apa lak??? Aku meeeeeeeemang pantang mangkuk2 camni.. korg ada tengok Ugly Betty? Atau Devil Wears Prada? Lam cter2 camtu ade a cth2 mgkuk yg aku mention tadi..
Ok itu baru mukadimah.. aku ni bab tulis mukadimah la tak dpt control.. mesti tak terkawal nafsu nak menulis tu..hehe..ni tips2 n info aku nak share ni bukan utk kurus lam masa singkat, yang tu kurus tak sihat n buruk.. tapi ini melibatkan kurus yang sihat, bertenaga utk tempoh yang lama..
So I believe tat our host, Cik Ana Biri2 ni akan membenarkan aku menulis dlm beberapa siri atau entry, sbb klu nak aku crita semua dari A smp Z kat sini, mak aii da cam tulis buku lak..
So dalam episode pertama ni, aku nak tulis tentang cemana org2 gemok di luar sana nak memotivatekan diri dorang yang sedia putus asa untuk berusaha tangga kejayaan.. memang betol.. naik tangga pon leh kurus..
Nape cik host chose me to write this entry and about this losing weight tips? Bcuz.. I’m someone who use to be HUGE aka FAT aka OVERWEIGHT during my high school (tats y my high school age is not as happy as High School Musical). And during that FAT age of mine.. I was not aware of how fat I was and how important to control my weight was.. I ate like monster.. betul wa ckp lu.. extra love means extra food.. believe it or not.. when ur the one yg paling disayangi lam family, like example mummy’s son ke, daddy’s little girl or fav girl ke.. u tend to be FED more than the other siblings.. tats exactly wat happen to me.. well, love is not to be blamed… its u!! I mean me!!
Camne sebenarnya tabiat2 makan org gemok ni? Ni antara cth yang aku igt lagi (sbb aku banyak membaca masa nak menguruskan bdan dulu, sbb aku bkn je nak kurus, aku nak sihat.. and in a long term):-
- Orang gemok ni tend to eat when they are bored. Bosan je bukak peti ais, bukak peti ais je takpe a gak, ni bukak je ada je mende masuk mulut kan.. maksudnye depa ni makan ikut dan.. bukan psl lapar..jadi la overeating..

Haaa wat pe tu???
- Org gemok ni takleh resist makanan.. offer je rembat.. asal offer je rembat.. tak rembat dorg rasa rugiiiiiiii… biarpon masa tu da kenyang giler.. takleh a nak kata kat org yg offer food tu “ohh takpe, da kenyang, ” ”kasi org lain la, im full,” ni idoknye.. mesti lam ati ckp “ish sedap ni, rugi ni tak makan ni, sok lom tentu dpt lagi offer camni..”membawa kepada OVEREATING lagi..
- Org gemok gak, klu makan.. memang licin a pinggan.. mcm da cuci je pinggan tu.. Tats a good thing la, tak membazir, tak cam gadis2 sekeping ngada2 yg asal makan 2 3 mulut je “ooohh da kenyang,” dan buang n membazir.. tapi mslahnye.. Org gemok ni bila melicinkan pinggan, dia paksa jugak diri makan walaupon kenyang.. leading to overeating.. kita ni, lam Islam pon Rasulullah SAW pernah pesan, bila makan kena berenti sbelum kenyang.. haa ada hikmah nye…
- Org gemok jgak makan lebih laju dari org yang tak gemok.. perasan tak? Klu tak perasan pi cepat2 perasankan diri.. gi observe.. bila anda (yang gemok) makan ngan kwn2 or sedara2 yang tak gemok, cuba observe sapa yang smp ke garisan penamat dulu? Yang tmbah dulu? Yang tambah lagi 2 kali dulu? Yang bangun basuh tangan dulu? Org lain sebok borak.. dia sebok menyumbat.. ha betol tak???makan cepat telan cepat tak sempat lumat lagi susah la nak hadam..

Jangan lupa bismillah dulu…amboi2..
- Org gemok jgak adalah di kalangan yang sensitip.. tak tawla yg mana satu dtg dulu.. sbb dia sensitip dia jadik gemok ka atau dia gemok pastu jadi sensitip (sbb asyik jadi bahan je). Tapi aku rasa sensitip datang dulu.. bila sasaorang tu sensitip.. asal terasa je terus makan sbb memang makan ni menceriakan mood.. maka org ni akan makan setiap kali kemurungan, kekecewaan, kesedihan, kebosanan, n byk lagi la reason dia nak makan ni.. gejala ni dipanggil emotional eating.. makan bukan pasal lapar, pasal emosi!!! Memang tak kenyang2…
- Org gemok ni jugak slalunya jenis pantang nampak makanan, tak lapar pon..tapi ada nasi lemak depan mata, puh bedal terus!! Ada unsur2 tamak di situ di mana dia takut klu dia tak bedal dulu, org lain bedal.. rugi nya.. mcm nasi lemak tu takleh beli dasok..
Ok? Nampak? Paham? Betol tak? Ahah!! Bagi mereka yang gemok tu, jangan malu nak mengaku..memang itulah tabiat anda.. masa aku gemok dulu, bila baca mende ni, terasa hina tol.. sampai ati penulis tu tuleh camni.. tapi ble direnung2kan.. betul..sebijik! kena betul2 kat batang idung aku yang mancung ni.. huh, kebenaran itu memang menyakitkan…
So, klu anda berani mengaku diri anda memang macam yang tersenarai tu, bagus, anda Berjaya mengaku kesalahan anda, dan berani menerima hakikat!! One step taken!! Every journey starts with a small step!! Sekarang masa nye utk membetulkan tabiat makan anda…
Maka murid2, selepas mengenalpasti keburukan tabiat makan anda tu, skang masanya untuk mengubah, membetulkan, menyelesaikan masalah tabiat makan anda tu…
-
Klu anda jenis rasa bosan je makan, cubala anda elakkan diri dari bosan.. jangan la bosan p tido.. masalah lain lak tu.. bawak2la exercise ke, wat aktiviti ke, asalkan tak g dapor, bukak peti ais n nyop!! Tunggu lapar yek.. n kalau boleh, klu da tak dpt control lagi diri dari bukak peti ais yang sungguh seksi menggoda tu, cubalah jangan simpan makanan lam peti ais, makanan yang sedia dimakan specially.. yang mentah takpela..mesti anda akan pikir 3 4 kali nak masak plak kan..

Tahan cik kak….dugaan je tu..
- Bagi mereka yang takleh resist makanan ni.. apa yang boleh anda lakukan ialah ko lempang je sapa2 yang offer makanan kat ko tu smbl ckp “ingat aku ni kobau ke? Tak abeh je offer, tak cukup buntal kah aku ni??” gerenti sapa2 pon tak berani nak offer food kat anda dah.. hehe tidak2.. itu boleh ilang kawan tu.. cara yang betul ialah cuba analyze lu.. bila ada org offer je, sbelum ringan je tangan tu nak amek, tutup mata lu.. pikir.. “aku ni lapa ke? Tadi baru pas makan roti canai,2 bijik lak tu.. muatan lemak da sampai had ni..lagipon setakat nasi goreng pataya tu esok pon aku leh beli n makan..takpela..ko simpanla..”
- Bab makan smp licin pinggan ni lak.. tak salah anda melicinkan pinggan.. tak membazir.. bagus.. tapi bila anda rasa anda ni jenis selagi yang lam pinggan anda tu tak abeh2, perjuangan mesti diteruskan, biarpon kenyang, biarpon da sendawa.. maka apa yang anda boleh wat, ialah bila amek makanan tu amek ciput je..tak cukup baru tmbah..klu da cukup jangan gatal2 tambah lak..tapi mesti malu kan nak tambah byk2? Klu anda jenis taktaw malu pon, wat2 la malu…dan pedulikan la klu ada suara2 kambing biri2 bertanya soalan bangang mcm ni bila anda amek makanan ciput; “aii cukup ke?cam tak cukup je?kukik kukik kukik””aii diet ke??” wat dono je.. ini utk masa depan anda gak.. dorg tu jeles je.. dorg taw anda akan lebeh lawa bila anda start makan ciput2 camtu.. dengki a tu…
- Klu anda ni sprinter (pelari pecut) tapi lam sukan MAKAN, bukan sukan LARI, wat u can do is, bawa2la berborak ngan kwn masa makan.. hah jgn slh phm, memang sbg Muslim kita takleh makan smbl bercakap,tapi Rasulullah SAW menggalakan makan jangan solo2.. makan biar berteman.. baru leh borak2.. makan sesuap da telan, baru borak sepatah ke seayat, pastu sambung, otomatik makan pon slow.. taklah gopoh, telan pon tak betul.. n Rasulullah SAW punya cara makan pon ialah dengan mengunyah 44 kali sebelom telan, betapa hancurnya makanan tersebut, klu kita takleh nak kunyah sampai mcm tu pon, try la kunyah selama mana yang bleh.. makanan yang lumat2 tu lagi senang hadam.. ingat tu..
- Bab emotional eating ni memang susah sket a.. aku pon masih suffer penyakit ni.. tapi macam ni la.. aku ble sedih2 ke kecewa ka, klu dulu memang aku cari junkfood la kan, tapi semenjak nak ubah eating habit aku ni, bila emosi je aku try mende lain, macam g cari kwn ke nak borak, nak wat aktiviti, klu sorang2 pon aku leh g layan movie, window shopping (klu berduit leh shopping window), g jog pon leh ilangkan stress, menari2 ke ngan lagu2 britney (imagine ko ni britney), wat la pape pon asal tak libatkan makanan.. mandi pon ok gak.. hehe..
-
Ni yang jenis pantang Nampak makanan ni, satu je cara dia.. jangan simpan stok makanan!! Simpan makanan mentah je.. so takdela dia Nampak tepung atau garam pon dia nak bedal kan.. takpon klu anda ada beskut2 ke nak wat spare bila kebulor (tapi anda memang akan abehkan sebelum anda kebulor) simpanla kat tempat yang susah nak reach, macam dalam laci cabinet tinggi kena panjat2, lam laci tindih2 bekas2 lain, baru la anda rasa malas sket nak makan, tapi jangan extreme sangat smp simpan beskut tu kat atas siling ke, tanam bawah tanah ke.. tak ke saiko tu…

Ahah!! Klu anda Berjaya melakukan perkara2 di atas sekaligus mengubah tabiat makan anda, maka fasa pertama ini anda telah Berjaya!!! So ini je yang aku nak anda2 yang gemok kat luar sana tu buat lam masa seminggu dua ni.. ingat.. selagi mende2 ni anda takleh buat.. jangan berangan nak get to the next level; effective diet and exercise … ni ada tips sket ni.. bila anda rasa nak makan je, minum segelas penuh air kosong, pastu analyze, pikir, masih lapar ke? Klu still lapar maksudnya memang lapar la, tapi kadang2 kita ni rasa kosong perut bukan lapar, tapi dahaga, sbb air tak cukup lam badan, jadi banyak2 minum air kosong, and minum la segelas sebelum makan.. selamat mencuba!!

~miss rogue (83kg to 60kg without strict diet or diet pills)~
cik ana mardia menambah,”ayuh tawan2,eat healthy,live happily..wahh..”











July 2, 2009 at 2:35 pm
uihhhh mana2 org2 gemok?tak mai baca ka?